Friday, May 9, 2014

GLA Complex




Shaklee ada menjual EPO tetapi fungsinya lebih menyeluruh dari EPO...ia dipanggil GLA Complex (Gamma-Linolenic Acid)

Apa itu GLA?
GLA atau nama saintifiknya dikenali sebagai Gama Linoleik Acid (GLA). Ia merupakan bahan binaan bagi prostaglandin. Apa pula prostaglandin? Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah

FAEDAH
GLA dikatakan membantu mengurangkan keradangan yang biasa dalam sindrom pra-haid(PMS), arthritis rhematoid dan ECZEMA. Selain itu GLA membantu mengurangkan sakit dan kebas yang berkaitan dengan masalah kencing manis. GLA juga dikatakan dapatmembantu mengawal kencing manis (jenis 2) dengan membaiki kadar insulin & kolesterol. GLA juga membantu dalam menyingkirkan lebihan berat badan terutama bagi yang ingin mengurangkan berat badan.

SIAPA YANG MEMERLUKAN GLA?
GLA diperlukan bagi golongan wanita yang menghidap Pre Menstrual Syndrom atau PMS. GLA sangat diperlukan olehpengidap arthritis rheumatoid dan eczema dan mereka yang menghadapi masalah kencing manis serta mereka yang bimbang dengan lebihan berat badan


INFO - Pantang Larang dan tips pengambilan supplement


1. Protein-
sebaiknya diambil di waktu pagi semasa pesut kosong..kerana waktu pagi metabolisme kita tinggi..

2. Alfalfa-
tidak boleh diambil bersama vit E atau GLA.. vit E akan menghalang penyerapan alfalfa

3. Ostematrix-
kalsium sebaiknya diambil di waktu malam..sebelum tidur

4. Vit C-
Patahkan 2 dahulu semasa demam, batuk atau selsema

5. vitalea-
jangan diambil dengan miman bersusu kerana boleh mengganggu efisiensi penyerapan zat besi(iron)
- Diambil bersama dengan vitamin C kerana iron memerlukan vitamin C untuk lebih mudah diserap
-dlm kes vitalea ni yana rasa tak amik dgn vit C sekali pun takpa sbb dlm vitalea itself dah ade vit c

6.Vitamin Larut Lemak ( A, D,E K) -
Diambil selepas mengambil makanan berlemak / berminyak kerana vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan.

7. Jangan mengambil vitamin dengan minuman berkafein
-mengurangkan efisiensi penyerapan vitamin..
-kalu nak maik minuman berkafein gak..amik 1/2 jam sebelum atau selepas mkn suplemen

Manfaat Utama Ostematrix



Ketahui manfaat utama Ostematrix (Sesuai untuk mereka yang bukan "kaki susu") macam saya...hehehe

  • Menguatkan tulang - Kalsium menghalang osteoporosis,menguatkan kuku,kerangka,gigi,sistem saraf.Ia juga merawat tulang retak,osteomalacia(rickets dewasa), kuku rapuh,eczema,konvulsi/kekejangan,gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaikikebas-kebas,kekejangan, sakit sendi dan artritis.

  • Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah,memelihara denyutan jantung,impuls saraf,penenang saraf,menggalakkan tidur selesa,memperbaiki jantung berdebar,gementar,mimpi buruk dan stress.Juga memperbaiki depresi,mood swing, sakit kepala dan pitam.

  • Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dngan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

  • Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh.Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua.Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien an merangsang detoksifikasi.

  • Memperbaiki hiperiktiviti perut dan sakit gastrik.

  • Vitamin D - Dinamakankan sebagai vitamin D pada tahun 1916 bila didapatai ia mampu merawat penyakit rickets.Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang,menguatkan kerangka,memperbaiki penyakit periodontal.Vegetarian, yang kurang terdedah pada matahari sewaktu musim panas,individu melebihi 55 tahun,wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplemen vitamin D.

  • Magnesium - Ini adalah ion positif no 2 penting di dalam tubuh kita.Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan.Membantu sistem saraf,mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung,memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus,menghalang endapan kalsium,melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu.Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

  • Zinc boron,manganes,kuprum - Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot,menyusun enzim yang diperlukan untuk memperbaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.

Bagaimana memilih kalsium premium?

  1. Pilih produk yang ada Vitamin D dan magnesium
  2. Elakkan produk yang diperbuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum.
  3. Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh mnyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.